• Pelancaran Produk Terbaru Ensutouch - Nstant Eye Serum Corrector KLIK SINI
icon-search

Tips Memilih Pencuci Wajah Yang Betul

Tips Memilih Pencuci Wajah Yang Betul

Mencuci wajah ialah langkah paling penting untuk menghilangkan kotoran dan lebihan minyak yang terdapat di permukaan kulit. Perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari.Penting untuk kita menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit muka untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan segar dan juga sebagai persediaan kulit wajah kita untuk rutin penjagaan wajah yang berikutnya seperti pelembab dan serum.

4 Tips pemilihan pencuci wajah:

#1 PILIH PENCUCI WAJAH JENIS GEL
Pencuci jenis gel adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan mampu membersihkan wajah tanpa menghilangkan kelembapan

#2 PILIH PENCUCI WAJAH BEBAS SLES,SLS 

2043329.jpeg

SLES dan SLS adalah antara bahan kimia yang terbukti secara klinikal boleh mendatangkan kerengsaaan pada kulit.Kesan paling ketara dengan penggunaan pencuci yang mengandungi SLS dan SLES adalah iritasi kulit. Terutama sekali untuk mereka yang menghadapi masalah kulit sensetif, ekzema atau kulit nipis (akibat penggunaan kosmetik tidak selamat). 

#3 PILIH PENCUCI WAJAH YANG SAMA pH DENGAN KULIT WAJAH  

2043318.jpeg

pH kulit muka manusia adalah 5.5 iaitu berasid. Paras pH yang betul, kulit akan menjadi lebih sihat. Dalam kebanyakan kes, sebarang komplikasi kulit yang berlaku seperti keradangan, kulit kering, kulit berkerak dan kulit kusam sebenarnya disebabkan pH tidak seimbang.

#4 WAJIB BEBAS PARABEN DAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA
Dengan lambakan produk di pasaran pengguna perlu berhati-hati dalam memilih yang sesuai. Terdapat barangan kosmetik yang diadun dengan bahan kimia berbahaya dan mampu menjejaskan kesihatan, selain mendedahkan pemakai kepada risiko kanser


Facial Cleanser dari Ensutouch dengan pH 5.5 bertindak secara lembut pada kulit. Walau tanpa buih dengan teknik cucian yang betul mampu menyingkirkan toksin, kotoran pada wajah. Kesannya kulit jadi lembut serta merta lepas cucian.

Pengguna sekarang sangat BIJAK memilih. Ensutouch adalah alternatif untuk anda yang inginkan kulit bersih dan sihat tanpa kebimbangan kesan negatif bahan-bahan berbahaya. 

Jom dapatkan Set Ensutouch sekarang! Promosi menarik menanti anda

BELI TERUS DI WEBSITEhttps://www.ensutouchbeauty.com/collections/all

ATAU BOLEH WHATSAPP PERUNDING KAMI (klik butang hijau di bawah)

Button klik sini utk whatsapp 2.png



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping