• Pelancaran Produk Terbaru Ensutouch - Nstant Eye Serum Corrector KLIK SINI
icon-search

4 Cara ENSUTOUCH Membantu Merawat Jeragat

4 Cara ENSUTOUCH Membantu Merawat Jeragat

Salah satu masalah kulit yang paling ditakuti wanita ialah jeragat.

Jeragat bukan sahaja menjadikan wajah anda dipenuhi bintik-bintik hitam malah ianya juga menjadikan tona kulit anda tidak sekata.

Sudah pasti bagi mereka yang ada masalah ini kan menjadi murung dan tidak berkeyakinan. Sukar sekali untuk berdepan dengan pasangan, keluarga serta teman-teman kerana tidak kira bagaimana anda cuba menutupnya, jeragat akan sentiasa ada dan ini sangat membebankan.

Jadi, bagaimana ENSUTOUCH ni boleh bantu untuk merawat masalah jeragat?

(1) Merencatkan penghasilan melanin secara berlebihan dalam kulit

Setiap dari kita mendapat warna tona kulit yang tersendiri daripada pigmen yang dikenali sebagai melanin. Sejenis sel dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita yang akan menghasilkan melanin dan ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari.
.
Makin banyak kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin. Ini kerana melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak. Namun begitu, apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin menjadikan sel kulit mudah berjeragat.

Cara paling berkesan untuk merawat jeragat adalah dengan menghalang jeragat itu dari terjadi. Enzim Bromelain yang terkandung di dalam Ensutouch terbukti boleh merencatkan proses melanocytes untuk menghasilkan melanin secara berlebihan, secara tak langsung menghalang pembentukan jeragat

(2) Menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi dalam kulit

Jeragat lebih mudah terjadi apabila usia kita meningkat. Ianya disebabkan oleh keupayaan badan kita untuk merawat sel kulit telah berkurang.

Di lapisan kulit manusia terdapat kolagen yang membantu merawat tisu dan sel kulit yang rosak atau mati. Namun tahun demi tahun, badan kita yang semakin berusia tidak dapat lagi menghasilkan kolagen untuk merawat kulit di peringkat optimum. Oleh itu, jeragat lebih senang terjadi.

ENSUTOUCH Active Skin Repair Serum mampu meresap ke dalam fibroblast iaitu bahagian lapisan kulit paling dalam di mana kolagen dihasilkan. Di bahagian ini, enzim bromelain yang terdapat dalam ENSUTOUCH akan merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi dalam kulit, secara tak langsung mengoptimumkan proses perawatan kulit

(3) Melancarkan proses penggantian kulit baru

Lapisan jeragat pada kulit lebih susah dikeluarkan apabila sel kulit mati tidak dibuang dengan baik kerana ini akan mengakibatkan sel kulit baru tidak naik ke bahagian atas.

ENSUTOUCH Facial Cleanser mampu membuang kulit mati dengan efektif (digest dead skin cell). Apabila kulit mati dan lapisan kulit berjeragat dapat dibuang dengan baik, proses rejuvenasi dan penggantian kulit baru akan menjadi lebih lancar.

ENSUTOUCH Sleeping Mask mampu mengoptimumkan proses rejuvenasi kulit. Proses rejuvenasi kulit paling optimum adalah pada pukul 1-3 pagi

(4) Meningkatkan perlindungan terhadap sinaran UV

Enzim bromelain lebih efektif berbanding vitamin C dan E bagi meningkatkan perlindungan kulit anda. Enzim bromelain juga melindungi dari bahaya sinaran UV oleh cahaya matahari dan sekaligus membantu mencerahkan kulit. Ini sekaligus memberi perlindungan kepada sel kulit anda dari punca utama jeragat di samping mencerahkan bintik hitam jeragat.

Yakinlah Ensutouch ini mampu untuk bantu anda atasi masalah jeragat dan dapatkan kulit yang lebih baik dan sihat berbanding sekarang.

Namun, harus diingatkan proses merawat jeragat ini memang mengambil masa. Kena hati-hati dengan produk yg claim boleh pudarkan jeragat dalam masa yang singkat sebab takut ada kesan penggelupasan dan melibatkan penggunaan bahan merbahaya.

Jom dapatkan Set Ensutouch sekarang! Promosi menarik menanti anda

BELI TERUS DI WEBSITEhttps://www.ensutouchbeauty.com/collections/all

ATAU BOLEH WHATSAPP PERUNDING KAMI (klik butang hijau di bawah)

Button klik sini utk whatsapp 2.png



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping