• Pelancaran Produk Terbaru Ensutouch - Nstant Eye Serum Corrector KLIK SINI
icon-search

Ensutouch Untuk Kulit Kering dan Sensitif

Ensutouch Untuk Kulit Kering dan Sensitif

"Adakah Ensutouch sesuai untuk kulit kering & sensitif?"

Ini merupakan soalan yang kerap kali ditanya kepada saya setiap kali ada yang ingin membeli produk Ensutouch ini. 

Saya percaya bukan sahaja produk ini, bahkan produk skincare lain juga tidak terkecuali.

Kerisauan ini kebanyakannya datang dari mereka yang mengalami kulit yang sangat sensitif seperti senang luka, ekzema dan sebagainya.  

Jesteru, saya kongsikan 3 sebab kenapa Ensutouch ini sesuai untuk mereka yang mengalami kulit kering & sensitif :

(1) Nenas mempunyai sifat "Soothing Effect" yang tinggi.

Ensutouch merupakan kosmeseutikal pertama di malaysia yang mengunakan enzim bromelin berasaskan nenas yang dapat membantu menyelesaikan masalah jeragat, kulit kusam dan jerawat melalui kaedah rejuvinasi sel kulit tanpa mengunakan bahan kimia terlarang.

Jesteru, pemilihan nenas hasil kajian memberi kesegaran pada kulit di samping kelembapan dalam jangka masa yang lama. Yang dah cuba mesti teruja! 

(2) Telah Diuji Menggunakan Ujian Iritasi oleh SIRIM

SIRIM ada melakukan ujian iritasi dan keputusannya menunjukkan ianya sesuai untuk kulit sensitif. Kalau ada ekzema pun insyaallah boleh pakai. 

Kajian dan ujian ini bukan dijalan selama sehari mahupun sebulan. Tetapi ianya mengambil masa hampir 2 tahun dan beratus ribu telah dihabiskan bagi uji kaji bagi memastikan ianya selamat & tidak memberi kesan negatif kepada kulit anda. 

(3) Tiada Bahan Kimia Merbahaya

Ensutouch tidak mempunyai bahan kimia yang merbahaya kepada kulit lebih-lebih lagi kulit muka yang sangat sensitif. 

Sebagai contoh: Facial Cleanser kami sangat berbeza dengan cleanser di pasaran kerana cleanser kami tiada ejen pembuih seperti SLES, SLS & Paraben yg mana tak sesuai untuk kulit sensitif dan kering. 

Jika anda mengalami penghakisan kulit kerana memakai cleanser di luar, maka berhati-hatilah. Mungkin dalam jangka masa panjang ianya boleh merosakkan kulit wajah anda. 

Kesimpulan

Saya menyeru para wanita di luar agar mula ambil kisah tentang keselamatan produk selain kecantikan kerana ianya boleh memakan diri di kemudian hari. 

Ensutouch adalah antara contoh pilihan terbaik untuk kulit wajah anda selain boleh merawat jeragat, jerawat & kulit kusam. 

Jom dapatkan Set Ensutouch sekarang! Promosi menarik menanti anda

BELI TERUS DI WEBSITEhttps://www.ensutouchbeauty.com/collections/all

ATAU BOLEH WHATSAPP PERUNDING KAMI (klik butang hijau di bawah)

Button klik sini utk whatsapp 2.png



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping