• Pelancaran Produk Terbaru Ensutouch - Nstant Eye Serum Corrector KLIK SINI
icon-search

Tanda Kosmetik Bahaya Yang Boleh Menyebabkan Kerosakan Kulit

Tanda Kosmetik Bahaya Yang Boleh Menyebabkan Kerosakan Kulit

Semua orang nak cantik. Disebabkan itu jugalah pelbagai jenama kosmetik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan ada juga sebahagian daripadanya mengambil kesempatan terhadap kurangnya pengetahuan pengguna dan hanya ingin mengaut keuntungan. 

Secara umumnya, kosmetik bukanlah satu alat magik yang akan menyebabkan anda kelihatan cantik dalam masa yang singkat. Kosmetik yang baik sepatutnya memulih dan mencantikkan penggunanya secara perlahan-lahan tanpa mengubah struktur kulit pengguna. 

Terdapat 3 elemen yang perlu diberikan perhatian semasa membuat pemilihan kosmetik.


1. Kesan Terlalu Cepat

Kosmetik tidak menjanjikan kecantikan dalam satu hari. Sekiranya ada kosmetik yang menjanjikan kecantikan dalam 2 atau 3 hari, tentu terdapat kesan sampingan yang anda mungkin tidak ketahui yang disembunyikan daripada anda. 

Sebagai contoh, mungkin kosmetik tersebut mempunyai kandungan hydroquinone yang mana ia berfungsi untuk mengakis kulit luaran anda dan menjadikan kulit anda seolah-oleh putih dalam beberapa hari sahaja.  Tetapi dalam masa yang sama, kulit anda akan menjadi sensitive kepada cahaya matahari dan menyebabkan kulit muka anda mudah terbakar. Untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kulit anda menjadi lebih teruk dari sebelumnya.



2. Tidak Berdaftar

Sepertimana produk kesihatan, kosmetik juga perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ianya boleh dipasarkan. Ini adalah untuk memastikan kosmetik yang dijual di Malaysia selamat untuk digunakan oleh pengguna. 

Semua kosmetik yang telah berdaftar akan mendapat satu nombor yang dikenali sebagai nombor notifikasi. Nombor tersebut akan bermula dengan NOT dan diikuti dengan 8 atau 9 digit nombor dan diakhiri dengan huruf K (contoh: NOT123456789K).

Walaubagaimanapun, nombor notifikasi ini tidak wajib untuk dicetak pada kosmetik. Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan satu database atas talian yang membolehkan pengguna membuat semakan kosmetik dan produk  kesihatan yang berdaftar di Malaysia. Anda boleh semak di laman web www.npra.moh.gov.my

3. Tuntutan Perubatan

Terdapat juga kosmetik yang membuat tuntutan melebihi daripada skop kosmetik itu sendiri. Setiap kosmetik tidak boleh membuat sebarang tuntutan kesihatan seperti sakit badan,  pening kepada dan lain-lain kerana fungsi konsmetik hanyalah untuk mencantik dan mewangikan tubuh badan seseorang.

Mencari produk penjagaan wajah yang terbukti selamat, berkesan dan berkualiti?

Ensutouch - produk penjagaan wajah hasil kajian SIRIM Berhad. Produk pertama di Malaysia yang menggunakan enzim sebagai bahan aktif utama.

Jom dapatkan Set  Ensutouch sekarang! Diskaun RM40 menanti anda

BELI TERUS DI WEBSITEhttps://www.ensutouchbeauty.com/collections/all

ATAU BOLEH WHATSAPP PERUNDING KAMI (klik butang hijau di bawah)

Button klik sini utk whatsapp 2.png



Sumber : https://kurusdancantik.com/tanda-kosmetik-bahaya-yang-boleh-menyebabkan-kerosakan-kulit/




Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping